Terdapat banyak sistem pengurusan diluar sana yang dapat membantu dalam hal urusan maklumat dan database. Walaubagaimanapun, majoritinya dibina sebagai sistem yang fokus kepada pengurusan pelanggan dan bukan sumbangan.
Meskipun sistem-sistem ini dapat digunakan untuk pengurusan sumbangan, namun anda terpaksa adaptasi fungsi-fungsi yang mungkin tidak sesuai dengan hal berkaitan derma, waqaf, qurban, akikah dan seumpamanya. Anda boleh sahaja guna kaedah manual, namun ia akan memakan masa dan diiringin dengan kesilapan manusia.
Sebab itu anda perlukan satu sistem pengursan khas dibina untuk mengurus maklumat dan database dengan sistematik dan cekap. Tanpa mengira atas urusan apa sekalipun samada qurban, akikah, sumbangan atau wakaf, semua ini boleh diuruskan dengan mudah menggunakan Donation Management System (DMS).
Dengan sistem ini, anda dapat meningkatkan lagi jumlah sumbangan yang diterima, kualiti servis dan juga kepuasan penyumbang kerana semuanya diuruskan dengan sistematik oleh sistem ini.
Sistem yang ingin kami kongsikan dengan anda dalam perkongsian kali ini adalah DMS AssraNGO yang telah menjadi pilihan banyak persatuan kebajikan dan juga NGO terkemuka di Malaysia.
Ia adalah satu sistem yang lengkap dengan pelbagai fungsi-fungsi yang biasanya tidak terdapat pada sistem CMS yang biasa. Semua fungsi ini dapat membantu memudahkan uruskan tadbir urus NGO, Persatuan dan organisasi anda.
Semua maklumat penyumbang dari segi info, jenis sumbangan dan pembayaran akan dimasukkan ke dalam database sistem ini. Pengurusan database sangat penting pada NGO supaya mewujudkan komunikasi yang baik dengan penyumbang/pelanggan.
Dengan pengurusan database yang cekap juga dapat mengotomasikan kutipan penyumbang sedia ada serta dapatkan penyumbang baharu.
Antara medium perhubungan yang disediakan di dalam sistem ini adalah SMS, WhatsApp dan email. Semua ini diperlukan jika anda mempunyai program-program sumbangan yang baru. Fungsi Notifikasi Whatsapp secara automatik . WhatsApp dihantar terus ke pelanggan atau penyumbang secara mudah dan pantas.
Anda boleh terus menghubungi mereka dengan mudah dan potensi untuk mereka menyumbang lagi adalah tinggi kerana mereka pernah berurusan dengan anda dan sumbangan tidak terhad untuk sekali sumbangan sahaja.
Sebaran program-program sumbangan baharu boleh juga dibuat melalui notifikasi SMS atau email secara automatik , fungsi “sms blasting & Notification “ akan membantu anda untuk mendapatkan jumlah capaian lebih tinggi.
Selain itu DMS AssraNGO juga membantu anda untuk mengakses maklumat penyumbang dengan mudah dan pantas. membuat semakkan status penyumbang dengan memasukkan maklumat pada kunci carian dengan meletakkan info seperti nombor tempahan , alamat email atau nombor telefon. Sistem database akan memaparkan maklumat penyumbang secara lengkap. Pengurusan data anda lebih tersusun dan cekap. Semua dihujung jari sahaja!
Segala urusan teknikal yang remeh dapat diselesaikan dengan mudah oleh DMS AssraNGO. Urusan-urusan seperti makluman sumbangan, invois, resit, sijil dan lain-lain akan dilakukan secara automatik oleh sistem.
Assra sumbangan juga mempunyai fungsi utama iaitu Sistem bayaran ansuran yang dapat membantu organisasi kebajikan mendapatkan kutipan sumbangan secara konsisten. Dengan sistem ini sistem akan menghantar peringatan automatik kepada penyumbang anda untuk membuat sumbangan ansuran bulanan. Semua secara automasi sahaja.
Lebih mudah sistem yang digunakan oleh staf dan ejen anda, lebih tinggi jumlah sumbangan yang bakal diperoleh. Hal ini kerana jika terdapat penyumbang yang bertanyakan soalan teknikal, ia dapat diselesaikan dengan mudah.
Kebanyakan sistem di luar sana masih lagi memerlukan anda untuk melakukan setiap tugasan secara berasingan terutamanya makluman status sumbangan dan juga penjanaan sijil.
Anda boleh menggunakan nama website atau domain anda sendiri pada sistem ini. Ia sekaligus akan meningkatkan lagi kepercayaan dan kredibiliti para penyumbang terhadap anda. Dengan wujud identiti yang baik, penyumbang tidak ragu untuk memberikan maklumat dan sumbangan kepada organisasi anda.
Selain itu, Dengan adanya domain sendiri memudahkan enjin carian menjumpai web anda. Ini bermaksud Google akan mengindeks kata kunci atau maklumat sesuatu laman web bermula dengan halaman utama nama domain tersebut.
Bayangkan logo anda ada di mana-mana sahaja di dalam setiap apa yang dikeluarkan oleh sistem ini. Di dalam resit, di dalam invoice, di dalam sijil dan lain-lain. Barulah nampak lebih meyakinkan.
Tadi kami ada sentuh mengenai informasi persatuan kebajikan atau NGO anda kan? Dengan DMS AssraNGO, anda tidak lagi perlu risau kerana anda boleh memasukkan maklumat tersebut dengan mudah.
Dengan ini, sebelum menyumbang, para penyumbang dapat membaca dan meneliti dahulu info daripada pihak anda. Barulah mereka dapat menyumbang dengan penuh rasa percaya dan ketenangan.
Ramai yang mengalami kesukaran sewaktu ingin memberikan sijil kepada peserta wakaf dan qurban terutamanya kerana perlu untuk mencari semula semua nama ini secara manual.
Kemudian perlu pula untuk WhatsApp setiap peserta secara manual. Jika ada yang terlupa atau terlepas pandang, akan menjadi isu pula di kemudian hari.
DMS AssraNGO memudahkan anda untuk memberikan sijil kepada peserta wakaf dan qurban kerana semua akan diberikan secara automatik secara dalam talian. Penyumbang akan mudah berurusan dengan anda apabila pengurusan pelanggan anda cekap dan mesra.
Bukan itu sahaja. Banyak lagi fungsi lain yang ada pada sistem ini yang menjadi sebab kenapa banyak persatuan kebajikan dan NGO memilih sistem ini.
Antara fungsi lain yang ada di dalam sistem ini adalah:
Urusan anda pasti akan menjadi lebih mudah dengan DMS AssraNGO. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.