Assra Digital Sdn Bhd disebut “Assra Digital” atau “ADSB” dalam keseluruhan terma.
CRM merujuk kepada Customer Relationship Management, iaitu sistem pengurusan database pelanggan dan tempahan yang dibangunkan oleh Assra Digital.
CRM Assra Digital merujuk kepada semua produk digital yang diuruskan oleh Assra Digital seperti CRM AssraTravel, AssraNGO, AssraMasjid dan AssraEdu.
Khidmat Sokongan Pelanggan Assra Digital disebut “Support” dalam keseluruhan terma.
CRM Assra Digital ialah sebuah sistem, yang dipaparkan melalui browser. CRM Assra Digital bukan laman web (website) / blog / ecommerce
CRM Assra Digital dilanggan oleh pihak pemilik perniagaan atau ibu pejabat (HQ), kemudian digunakan bersama kakitangan dan ejen.
CRM Assra Digital adalah servis berbentuk langganan bulanan, bukan projek one-off.
Kadar langganan bulanan yang ditetapkan adalah tertakluk kepada perubahan, bergantung kepada prasarana & fasiliti yang digunakan.
Sebarang perubahan pada kadar langganan akan dimaklumkan kepada pihak pelanggan seawal 7 hari dari tarikh perubahan yang hendak dibuat.
Bayaran pendahuluan (upfront) penuh adalah diperlukan sebelum memulakan langganan.
Tarikh permulaan langganan adalah dikira bermula dari tarikh pihak Assra Digital siapkan sistem.
Pihak pelanggan boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa sahaja tanpa dikenakan caj penalti.
Sekiranya Assra Digital terpaksa menghentikan servis atas apa-apa sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak Assra Digital akan keluarkan notis bertulis seawal yang mungkin kepada pihak pelanggan.
Bayaran langganan bulanan Assra Digital adalah tidak termasuk caj gerbang bayaran (payment gateway), kos domain, kos naiktaraf server dan naiktaraf fungsi custom permintaan pelanggan.
Sekiranya server bagi sistem CRM Assra Digital yang digunakan oleh pelanggan telah mencapai kapasiti simpanan data maksimum, kos naiktaraf prestasi server di bawah tanggungan pelanggan sendiri dengan nasihat daripada Assra Digital.
Pembangunan dan kemaskini server bagi sistem Assra Digital pelanggan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Assra Digital.
Pihak pelanggan tidak diberikan akses ke server sistem yang dilanggan atas faktor kawalan pemilikan ke atas source code.
Setting domain mesti diselesaikan oleh pemilik domain terlebih dahulu sebelum setting lain dapat dijalankan. Pemindahan (Propagation) domain boleh mengambil masa lebih dari 48 jam bermula dari waktu DNS ditukarkan. Pihak pelanggan juga serahkan semuanya kepada pihak Assra Digital untuk uruskan domain.
Tempoh pemasangan sistem adalah bergantung sepenuhnya kepada komitmen pelanggan menyalurkan maklumat yang diperlukan oleh pihak Assra Digital dengan cepat & betul. Maklumat mestilah tepat & jelas, diberikan satu persatu. Selepas itu barulah sistem dapat digunakan.
Kesemua fungsi Assra Digital adalah siap & sedia untuk digunakan. Sebarang perubahan yang dikemukakan oleh pihak pelanggan adalah tertakluk kepada (i) penilaian & persetujuan pasukan pembangun sistem, (ii) tempoh pembangunan yang berasingan dan (iii) caj tambahan, sebelum dapat digunakan oleh pihak pelanggan.
Pihak Assra Digital tidak terlibat dalam sebarang urusan kemasukan data dan maklumat. Pihak pelanggan yang perlu membuat urusan tersebut di mana latihan penggunaan sistem akan diberikan.
Latihan penggunaan sistem akan diberikan satu persatu mengikut tahap penggunaan, bukan sekaligus dalam satu masa.
Support beroperasi Isnin hingga Ahad, kecuali cuti umum. Operasi bermula dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang sahaja. Sebarang isu yang diutarakan di luar waktu tersebut akan diberi respon pada hari operasi berikutnya kecuali atas budi bicara pihak support.
Support adalah melalui group Telegram serta platform support di website serta platform email.
Khidmat lawatan tapak (site visit) oleh pihak Assra Digital ke lokasi pihak pelanggan adalah tertakluk kepada kos yang perlu ditanggung oleh pihak pelanggan sendiri.
Hal-hal yang tidak berkait dengan sistem adalah tidak termasuk dalam langganan bulanan Assra Digital (contoh: bina web, edit logo, buat video dan sebagainya).
Struktur sistem & source code Assra Digital adalah hakmilik penuh Assra Digital Pihak pelanggan tidak boleh menuntut hak sebagai pemilik sistem, walaupun telah diubahsuai (custom) sama ada secara percuma mahupun berbayar.
Assra Digital tidak berkongsi data & maklumat pelanggan dengan pihak ketiga walau dengan apa jua cara sekalipun.
Pelanggan tidak dibenarkan sama sekali untuk berkongsi mana-mana bahagian dalam Assra Digital kepada pihak pembangun sistem luar, sama ada secara penuh atau sebahagiannya.
Penggodaman, menyerang, mendapatkan akses, melanggar, mengelak atau menguji kerentanan pengesahan pengguna atau keselamatan perisian atau data tanpa kebenaran akan membolehkan pihak Assra Digital untuk menghalang semua akses sistem pelanggan serta merta.
Penggunaan Assra Digital adalah di bawah peranan, tanggungjawab & risiko pihak pelanggan sendiri.
Assra Digital tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas sebarang isu & permasalahan dari pihak ketiga / bencana alam / peperangan / darurat.
Pihak pelanggan adalah bertanggungjawab untuk membuat simpanan maklumat (backup) secara berkala terhadap semua imej, media & laporan bagi megelakkan sebarang risiko berkaitan kehilangan data & maklumat dengan bantuan pihak Assra Digital.
Dalam proses Upspec & Downspec Cloud, sistem akan tergendala selama sekitar 1 jam untuk setiap satu proses.
Jika tiada bayaran langganan sistem daripada pelanggan setelah sistem telah siap setup selama 1 minggu, Assra Digital akan menutup server milik pelanggan. Sistem pelanggan tidak dapat diakses selepas server ditutup. Untuk penyambungan semula pihak pelanggan perlu membuat bayaran penuh langganan sistem melalui bank transfer ke akaun bank Assra Digital dan memaklumkan perkara tersebut di dalam group support yang disediakan.
Pindah milik sistem adalah tidak dibenarkan.
Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
Sebarang perubahan dalam Assra Digital dari semasa ke semasa tidak memerlukan pihak Assra Digital untuk memberi makluman & mendapat kebenaran dari pihak pelanggan.
Sebarang keputusan dari pihak Assra Digital adalah muktamad.