Whatsapp Down ke? Tak boleh hantar dan terima mesej. Apa nak buat?
Author:
Posted On: October 25, 2022
Post Comments: 0
WhatsApp nampaknya sedang menghadapi masalah besar.
Beberapa pengguna melaporkan masalah untuk menghantar dan menerima teks pada aplikasinya.
Downdetector, tapak web yang menjejaki gangguan dalam talian di seluruh dunia, telah menunjukkan peningkatan mendadak dalam bilangan pengguna yang melaporkan gangguan WhatsApp.
Downdetector melaporkan lonjakan besar dengan lebih 6000 laporan dalam talian.
Pengguna mengadu bahawa mesej mereka tidak dihantar. Walaupun semasa mesej dihantar, aplikasi gagal menunjukkan status penghantaran sama ada berjaya atau tidak. Single atau double bluetick tidak dipaparkan seperti sebelum ini.
Meta telah memberi respons kepada Business Today mengenai gangguan WhatsApp.
Jurucakap syarikat Meta berkata, “Kami sedar bahawa sesetengah orang pada masa ini menghadapi masalah menghantar mesej dan kami sedang berusaha untuk memulihkan WhatsApp untuk semua orang secepat mungkin.”
Pengguna juga mengadu tentang masalah dengan ciri panggilan di WhatsApp. Aplikasi tidak melepasi fasa ‘panggilan’ ke fasa deringan.
Apa yang pengguna boleh lakukan untuk atasi masalah komunikasi ini?
Anda boleh download aplikasi Plus Messenger atau Telegram untuk menghantar mesej, membuat panggilan atau group call di dalam aplikasi tersebut.
Ada beberapa ciri istimewa yang ada pada aplikasi Telegram ini iaitu :
1.Penggunaan username sebagai nama samaran 2. File transfer yang sangat laju 3. Group chat maximum up to 100,000 4. Backup chat / uninstall 5. Ada fungsi search yang mudah 6. Touch ID / Password 7. Channel Telegram yang boleh bantu anda broadcast message lebih cepat 8. Boleh baca mesej lama dalam group tanpa hilang maklumat dan download gambar atua video lama 9. Sticker yang menarik dan pelbagai 10. Boleh buat kategori group-group supaya mudah akses 11. Boleh hantar mesej, buat panggilan dan panggilan berkumpulan 12. Boleh jadualkan mesej dan auto-musnah mesej selepas mesej dibaca 13. Tidak memberatkan memori telefon walaupun banyak maklumat dimuatnaik dalam aplikasi
Anda boleh download aplikasi Telegram / Plus Messenger dengan Klik Di Sini (Android/Windows) dan Klik Di Sini (Iphone)
Jika anda sedang mencari software untuk Telegram Marketing untuk bisnes anda, boleh lihat info lanjut dengan Klik Di Sini atau gambar di bawah.
Disclaimer
Ini bukan software Assra Digital. Kami hanyalah pengguna software tersebut yang telah menggunakannya selama hampir 2 tahun (sejak tahun 2020). Software selalu dikemaskini berperingkat bergantung kepada perkembangan Telegram itu sendiri. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pembangun software.
Leave A Comment