CRM atau DMS? Nak guna yang mana satu dan apakah perbezaannya? Jika anda sebuah pertubuhan kebajikan dan sedang mencari satu sistem pengurusan untuk memudahkan pengurusan sumbangan, penderma, staf dan database, pastinya akan bertemu dengan 2 singkatan ini. Iaitu CRM dan DMS.
Apa beza antara kedua-dua sistem ini dan yang mana satukah hendak digunakan?
CRM bermaksud Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Ia adalah sistem yang digunakan untuk menguruskan jualan dan data pelanggan yang dikumpul melalui satu borang khas. Ia menyediakan pangkalan data terpusat untuk semua interaksi dengan prospek, pelanggan dan mahupun ejen.
Sistem CRM yang terbaik dilengkapi dengan set alatan bersepadu yang menyediakan pelbagai fungsi. Antaranya seperti automasi, analisis dan analitik, penjanaan invois dan resit, import/eksport data dan pelbagai lagi pengurusan ejen dan sebagainya.
Dengan adanya sistem CRM, ia memastikan pengurusan maklumat yang dikumpul diuruskan dengan lebih cekap dan teratur. Disamping itu, ia memudahkan anda untuk menjejak maklumat-maklumat penting seperti makluman pelanggan, kaedah pembayaran yang digunakan, ejen yang mempromosi dan maklumat jualan.
Sistem CRM juga memudahkan anda menjejak semua interaksi yang anda lakukan dengan setiap pelanggan, dan memberikan anda gambaran perjalanan pembelian seorang pelanggan.
Sehubungan itu, sistem CRM yang dilengkapi dengan alat analitik membantu anda boleh membuat keputusan yang lebih baik tentang strategi pemasaran yang paling sesuai untuk setiap prospek atau pelanggan.
Antara sistem CRM yang terdapat di Malaysia adalah Onpay, Ordersini, Shoppergram dan Woocommerce. Sistem-sistem yang dinyatakan ini dibina khas bagi bertujuan e-commerce dan jualan secara online. Jika objektif utama anda adalah untuk membuat jualan online, maka sistem CRM lebih sesuai.
Donation Management Sistem, adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sumbangan. Sama seperti CMS, cuma ia lebih tertumpu kepada aktiviti sumbangan dan kebajikan. Fungsinya tidak jauh beza dari CMS. Ia dapat mengurus maklumat, mempunyai sistem ejen atau wakil berdaftar, serta sistem analitikal.
Sama juga seperti menggunakan sistem CRM. Sistem ini dibina khas tertumpu kepada aktiviti kebajikan seperti wakaf, qurban, sumbangan derma dan sebagainya.
Apa fungsi-fungsi asas yang terdapat dalam sistem CRM, ada dalam DMS. Bermakna anda dapat menguruskan segala maklumat berkaitan dengan acara sumbangan, bayaran sumbangan, dan maklumat penyumbang, dapat diautomasikan dan diuruskan dengan sistematik.
Selain daripada itu, penyumbang dapat menyemak status sumbangan dan juga menerima sijil digital yang dihantar secara automatik ke terus ke email penyumbang.
DMS AssraNGO adalah satu-satunya sistem pengursan jualan & ejen yang dibina khas untuk tujuan sumbangan, wakaf, qurban dan seumpamanya. Sistem ini menjadi pilihan banyak persatuan-persatuan kebajikan dan NGO.
Sistem ini dilengkapi dengan pengurusan maklumat dan database, pengurusan Staf dan Ejen, borang sumbangan, dan banyak lagi fungsi menarik. Salah satu fungsi menarik yang perlu ada dalam sistem sumbangan adalah penjanaan sijil secara automatik. Penderma akan menerima sijil penghargaan secara automatik dihantar terus ke email.
Pilih sistem DMS AssraNGO jika perlukan sistem sumbangan yang lengkap
Sebanyak 150 ribu jumlah tempahan dilakukan dalam sistem ini. DMS AssraNGO terbukti berkesan untuk meningkatkan dana sumbangan organisasi anda. Segala urusan tempahan dan pembayaran menjadi lebih mudah & cepat untuk kelancaran aktiviti sumbangan.
Sistem ini membantu anda automasi tugas pengurusan berulang seperti menerima tempahan dan pembayaran. Jadi anda boleh memberikan tumpuan kepada bidang tugas yang lebih penting
Sistem ini menyediakan pangkalan data berpusat yang menyimpan semua maklumat tentang penyumbang. Jadi ini menjadikan pelanggan mudah diakses kurang dari 3 saat sahaja.
Bayangkan sekiranya anda masih mengurus fail dan rekod lama secara konvensional pasti ada akan mengambil masa untuk mencari maklumat apabila diperlukan.
Dengan adanya sistem ini semua maklumat sumbangan dan penyumbang akan disusun secara sistematik dan mudah diakses dan diuruskan.
DMS AssraNGO adalah sistem bersepadu yang membantu anda membina pasukan yang berkualiti samada tadbir urus staf, sukarelawan, ejen dan rakan kerjasama .
Sistem ini membolehkan anda berkomunikasi dengan lancar, bekerjasama dengan mudah dan menjayakan program dengan efisien. Selain itu, Sebarang pertanyaan teknikal dapat diselesaikan dengan mudah. Kesannya sistem ini dapat meningkatkan jumlah dana sumbangan.
Dunia digital tanpa sempadan telah memudahkan aktiviti pemasaran dan promosi organisasi anda. Kerana segalanya dapat dilakukan secara dalam talian. Sistem ini membantu anda menyampaikan makluman penting dan promosi melalui Whatsapp dan Email terus kepada senarai penyumbang dengan pantas.
Bukan itu sahaja. Banyak lagi fungsi lain yang ada pada sistem ini yang menjadi sebab kenapa banyak persatuan kebajikan dan NGO memilih sistem ini. Antara fungsi lain yang ada di dalam sistem ini adalah:
Urusan anda pasti akan menjadi lebih mudah dengan DMS AssraNGO. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.