Terdapat banyak Sistem Pengurusan Jualan & Ejen yang dapat memudahkan urusan jualan, maklumat dan database dengan sistematik dan automatik. Masing-masing menawarkan fungsi dan ciri-ciri yang menarik. Namun antara banyak-banyak sistem ini, yang manakah sesuai dengan keperluan dan kehendak anda?
Berikut adalah 5 Sistem Pengurusan Jualan & Ejen teratas.
Sistem Pengurusan Jualan & Ejen Di Malaysia adalah antara sistem terawal di Malaysia. Ia menyediakan fungsi mengurus database, borang tempahan, kupon, borang peserta acara, pengurusan pelanggan, ejen, dropship dan banyak lagi. Onpay juga adalah antara sistem pengurusan yang paling stabil. Selain itu, Onpay juga dilengkapi fungsi pengurusan Staf.
Pakej Onpay terbahagi kepada 5. Bermula dengan pakej Percuma yang terhad fungsi, Basic, Lite, dan Premium. Harga langganan bermula dari RM55 sebulan sehingga RM140 sebulan. Ia tidak termasuk caj pemasangan.
Onpay adalah satu sistem yang mudah digunakan dan tidak memerlukan learning curve untuk mahir. Pilih Onpay jika nak sistem yang straight foward.
Antara fungsi yang ada dalam sistem onpay adalah:
Sistem pengurusan maklumat dan database ini adalah pesaing rapat kepada Onpay. Ramai pengguna suka dengan Ordersini kerana harganya lebih murah. Fungsinya juga tidak kurang hebatnya dan lebih banyak intergrasi.
Fungsi-fungsi asas Ordersini tidak jauh beza dengan Ordersini. Namun ia mempunyai kelebihan dari segi automasi digital, intergrasi dengan sistem autoresponder dan juga sistem keahlian serta beberapa add-on tambahan.
Pakej Ordersini bermula dari RM49 untuk pakej Basic, RM99 pakej Advance dan RM149 untuk pakej Pro. Pilih Ordersini jika anda nak guna sistem autoresponder atau sistem keahlian.
Antara fungsi yang ada dalam sistem ordersini adalah :
Pelantar ini adalah diantara yang paling mahal sesuai dengan ciri dan fungsi yang canggih. Shoppergram membolehkan anda melakukan upsell, discount, one-time-offer, bump-offer, auto abandonment email, dan 1-click upsell.
Berbanding dengan sistem pengurusan yang lain, Shoppergram dilengkapi dengan drag & drop Page Builder, yang membolehkan anda membina landing page dengan mudah tanpa memahami apa-apa kod.
Harga langganan bulanan Shoppergram bermula dari RM99 bagi pakej standard, RM199 pakej Premium dan RM299 bagi pakej Ultimate
Pilih Shoppergram jika anda nak bina corong jualan yang advance. Antara fungsi yang ada dalam sistem Shoppergram adalah:
Firesell menyediakan sistem untuk pengurusan bisnes, khusus untuk usahawan.
Software ini khas untuk mengurus sistem dropship, sistem ejen, sistem affiliate, sistem bonus, sistem pengurusan prestasi jualan, sistem pesanan online, sistem komisen, sistem stokis, sistem trading & sistem MLM mudah. Anda juga boleh menggabungkan sistem mengikut keperluan dengan mudah.
Firesell lengkap dengan pelbagai ciri keperluan usahawan seperti shopping cart, database pelanggan, login reseller, payment gateway, tracking kurier, sistem payout bonus, sistem promosi pintar, blast SMS, newsletter.
Harga pakej setup firesell ini bermula dari RM9,987.00 sahaja. Sekiranya bisnes anda fokus pada sistem agen , firesell antara pilihan terbaik.
DMS AssraNGO adalah satu-satunya sistem pengursan jualan & ejen yang dibina khas untuk tujuan sumbangan, wakaf, qurban dan seumpamanya. Sistem ini menjadi pilihan banyak persatuan-persatuan kebajikan dan NGO.
Sistem ini dilengkapi dengan pengurusan maklumat dan database, pengurusan Staf dan Ejen, borang sumbangan, dan banyak lagi fungsi menarik. Salah satu fungsi menarik yang perlu ada dalam sistem sumbangan adalah penjanaan sijil secara automatik. Penderma akan menerima sijil penghargaan secara automatik dihantar terus ke email.
Pilih sistem DMS AssraNGO jika perlukan sistem sumbangan yang lengkap
Bukan itu sahaja. Banyak lagi fungsi lain yang ada pada sistem ini yang menjadi sebab kenapa banyak persatuan kebajikan dan NGO memilih sistem ini. Antara fungsi lain yang ada di dalam sistem ini adalah:
Urusan anda pasti akan menjadi lebih mudah dengan DMS AssraNGO. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.