Sebuah persatuan kebajikan atau NGO terdiri daripada berpuluh malah beratus orang sukarelawan NGO Persatuan. Bagaimana hendak memastikan mereka diuruskan dengan baik, mudah dan lebih sistematik. Pada masa yang sama, mengelakkan individu yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai sukarelawan NGO persatuan terbabit.
Kesukarelawanan merupakan satu aktiviti yang menyihatkan serta memberi pelbagai sumbangan dan manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
Era global memberi perubahan yang positif dalam mengurus Organisasi Bukan Untung, NGO dan persatuan. Sistem CRM memberikan penyelesaian yang komprehensif dari merekrut sukarelawan untuk membangun pangkalan data dan mengesan sukarelawan melalui laporan yang dibuat.
Pelbagai kelebihan sekiranya organisasi memanfaatkan sistem antaranya:
Sistem pengurusan sukarelawan cara lama hanya menggunakan borang manual atau data tersebut ditaip menggunakan Microsoft Excel sahaja.
Pastinya mengambil banyak masa untuk menguruskan dan mengakses data tersebut, bukan? Kini sistem CRM lebih efisien untuk mengumpul dan penyimpan data dengan lebih sistematik.
Ini bermakna organisasi boleh merancang aktiviti dan operasi pengumpulan dana dengan lebih mudah. Semua maklumat akan berada di hujung jari .
Dengan adanya sistem yang komprehensif, semua maklumat sukarelawan, sumbangan dan penyumbang dapat disimpan dengan lebih selamat. Jika diuruskan secara manual, terdedah dengan kehilangan dan keciciran maklumat.
Pihak pengurusan juga mempunyai akses kepada data yang diperlukan dan mengemaskini data daripada mana-mana peranti di mana mana sahaja.
Segala proses boleh diautomasikan bermaksud organisasi dapat memproses data sukarelawan atau pengumpulan dana secara automatik. Sistem automasi dapat mengurus tugas dan rutin harian.
Termasuklah automasi utama e-mel umum , menghantar e-mel pemasaran , pengumpulan dana, dsb. Dengan automasi proses, prospek mahupun sukarelawan dapat menerima e-mel atau pemberitahuan lain tepat pada waktunya.
Sementara itu, organisasi dapat mengumpul semua data yang diperlukan untuk merancang aktiviti atau tindakan susulan anda yang seterusnya.
Selain itu, sukarelawan akan lebih dipercayai orang penyumbang jika mempunyai sistem yang boleh membantu uruskan transaksi pembayaran yang lebih telus seperti pemberian resit, invois, sijil dan maklumat tempahan dengan lebih cepat.
Tambahan jika ada sistem yang mempunyai ciri automatik yang boleh menghantar maklumat sumbangan dan kaedah semakan status sumbangan, itu adalah lebih baik. Maka penyumbang akan lebih percaya dengan sukarelawan dan NGO atau Persatuan.
Organisasi dapat menyampaikan informasi dengan cepat dan berkesan dengan sistem CRM, bagi sukarelawan pula mereka dapat mendaftar profil, memperoleh maklumat acara, dan mengurus e-sign pada pengabaian atau menjalankan laporan sukarelawan.
Daripada profil sukarelawan organisasi juga dapat menjejak lokasi dan aktiviti usahawan serta mengehadkan pendaftaran berdasarkan kemahiran atau kelayakan untuk peranan sukarelawan.
Melalui sistem ini, memudahkan organisasi anda memberikan ganjaran seperti saguhati atau komisyen kepada sukarelawan.
Usaha ini semestinya dapat memberi motivasi lebih baik kepada sukarelawan kerana usaha dan sumbangan mereka dihargai dan kebajikan mereka terjaga
Dengan CRM organisasi boleh merancang acara yang merangkumi pelbagai sesi, hari dan lokasi. Pengurus organisasi cuma menganjurkan acara atau pertemuan dengan lebih dinamik dan sistematik.
CRM membenarkan pengurus organisasi bukan sahaja mengurus acara, menambah peserta, tetapi juga boleh melanjutkan penyelenggaraan dengan membuat jadual peribadi, sesetengah CRM menggunakan pengimbas QR kod mahupun untuk daftar masuk dan pembayaran.
Selain itu sistem CRM juga dapat memberi laporan dalam bentuk graf tentang keberkesanan setiap acara.
CRM boleh memberikan maklumat statistik dan menjalankan analisis data kompleks yang diperlukan untuk membuat keputusan perniagaan yang penting secara strategik.
Terdapat pendapat bahawa menggunakan CRM memerlukan kos tambahan, atau anda perlu mahir teknikal, atau tiada perisian CRM untuk keperluan NGO dan Badan Bukan Untung.
Matlamat dan objektif sistem CRM memberikan gambaran bahawa sistem CRM menyediakan pelbagai perkhidmatan maklumat pengguna melalui kaedah yang lebihbaik dan sistematik.
Lantaran itu, kepentingan pendekatan baru adalah jelas bagi meningkatkan perkhidmatan pengguna ke tahap yang lebih berkesan dan berkualiti.
DMS ASSRA NGO adalah satu sistem pengurusan data dan maklumat pelanggan secara online yang canggih.
Ia memudahkan NGO untuk menghasilkan borang tempahan untuk mengumpul maklumat pelanggan yang dihubungkan kepada sistem pembayaran online untuk menerima sumbangan.
Ia boleh ditetapkan dengan sistem pembayaran secara ansuran bulanan fleksibel yang memudahkan pelanggan disamping menjana invois dan resit secara automatik yang dihantar ke WhatsApp. Ia juga mampu menjana sijil peserta secara automatik.
Selain itu sistem DMS ASSRA NGO dilengkapi dengan sistem ejen dan komisyen bagi merekrut ejen atau wakil yang dapat membantu NGO membuat pemasaran melalui ejen terpilih.
Sebagai pelengkap, sistem ini mampu import/export data serta laporan & sumbangan bagi memudahkan kerja-kerja audit dan analisis.
Bukan itu sahaja. Banyak lagi fungsi lain yang ada pada sistem ini yang menjadi sebab kenapa banyak persatuan kebajikan dan NGO memilih sistem ini. Antara fungsi lain yang ada di dalam sistem ini adalah:
Urusan anda pasti akan menjadi lebih mudah dengan DMS AssraNGO. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.