Rakyat Malaysia memang sangat sinonim dengan sifat mulia seperti rajin bersedekah, menderma dan juga berwakaf. Kiranya kalau bab sumbangan ikhlas, rakyat Malaysia memang sangat laju.
Cuba letakkan diri anda di tempat penyumbang. Adakah sistem atau proses untuk menyumbang yang diberikan mesra pengguna? Jika sistem atau proses tersebut rumit, tidak hairanlah dari niat asal ingin menyumbang, akhirnya terpaksa cancel.
Itu baru sahaja dari sudut pandang penyumbang, belum lagi kita sentuh mengenai betapa panjangnya SOP yang terpaksa dilalui oleh staf yang menguruskan sumbangan tersebut.
Sebenarnya bukanlah 100% semua pihak pengurusan sumbangan menguruskan segalanya secara manual. Banyak juga yang sudah menggunakan sistem. Namun, sistem tersebut kadang kala terlalu complicated.
Setiap kali staf keluar masuk, setiap kali itu jugalah anda perlu untuk memberikan latihan yang intensif kepada staf supaya mereka cekap untuk menguruskan sistem tersebut dengan sebaiknya.
Buat yang masih menguruskan sumbangan secara manual, lebih parah lagi kerana lebih banyak kerja dan mereka juga perlu untuk lebih teliti.
Antara masalah yang biasa dihadapi adalah kesukaran untuk reply sepantas mungkin kepada penyumbang. Ada yang bertanya berkenaan status sumbangan, ada yang meminta sijil sumbangan dan pertanyaan-pertanyaan lain lagi.
Sebab itulah anda perlu menggunakan satu sistem yang mampu untuk menguruskan semua ini dengan baik untuk anda. All-in-one!
Pernah dengar mengenai domain management system? Jika belum, anda bernasib baik kerana anda menjumpai perkongsian kami kali ini. Apa yang bakal kami kongsikan adalah mengenai DMS AssraNGO.
DMS AssraNGO telah menjadi pilihan banyak NGO di luar sana untuk menguruskan sumbangan yang mereka perolehi. Berikut merupakan diantara NGO yang telah menggunakan sistem ini:
Dengan menggunakan DMS AssraNGO, anda tidak perlu lagi untuk:
Betul. Sekalipun bukanlah 100% automatik, anda perlu pastikan sebarang tugasan yang mudah namun mengambil masa seperti menyusun informasi penyumbang dan bayaran daripada WhatsApp ke dalam Excel, penjanaan sijil, semakan status dan sebagainya mengganggu tugasan yang lebih besar.
Dengan sistem ini, segala informasi penyumbang dan bayaran akan dimasukkan ke dalam database khas di mana anda boleh mengaksesnya dengan mudah pada bila-bila masa yang anda mahu.
Sistem ini membolehkan anda untuk menetapkan auto reply menggunakan chatbot di WhatsApp. Jadi, jimatlah masa staf dan ejen anda daripada berterusan menjawab soalan-soalan lazim di WhatsApp.
Fungsi auto reply juga akan membalas secara pantas pada setiap masa. Ini bermaksud tiada had waktu tertentu. Melalui sistem auto reply ini mereka yang menyumbang akan diberi pilihan jawapan kepada pertanyaan mereka. Mereka hanya perlu menaip keyword yang disediakan dan akan dijawab secara auto oleh sistem. Kesannya dengan ada sistem auto reply segala urusan menjadi lancar dan mudah.
Seperti yang kami sebutkan tadi, penjanaan sijil menggunakan sistem ini adalah secara automatik di mana anda tidak lagi perlu untuk mencari informasi penyumbang atau peserta seperti korban, wakaf dan aqiqah.
Semua ini akan diurus dan dihantar secara automatik menggunakan sistem DMS AssraNGO.
Ramai yang mengalami kesukaran sewaktu ingin memberikan sijil kepada peserta wakaf dan qurban terutamanya kerana perlu untuk mencari semula semua nama ini secara manual. Kemudian perlu pula untuk WhatsApp setiap peserta secara manual.
Jika ada yang terlupa atau terlepas pandang, akan menjadi isu pula di kemudian hari. Dengan DMS AssraNGO, sijil-sijil peserta akan dijana secara automatik. Mudah kan?
Ia merupakan sebuah tugasan yang agak berat sebenarnya untuk follow up database anda satu persatu. Dengan sistem ini, anda boleh blast kepada mereka samada menerusi SMS atau email dengan mudah.
Fungsi ini sangat penting terutamanya jika anda ingin memaklumkan kepada database anda berkenaan program-program terbaru yang anda jalankan. Promosi program anda lebih mudah dan pantas dengan sistem blast SMS atau email.
Oleh disebabkan lebih ramai yang tahu tentang program anda. Potensi untuk mereka menyumbang lebih tinggi. Dengan fungsi auto blast yang disediakan oleh sistem AssraNGO, follow up tak perlu lagi dilakukan secara manual. Pengurusan sumbangan anda lebih sistematik. Mudah kan?
Dahulu segala laporan prestasi program dan kewangan disediakan secara manual mengambil masa dan tidak sistematik. Perkara ini pastinya akan menjejaskan reputasi organisasi sesebuah NGO atau persatuan.
Namun kini ada sistem yang lebih mudah iaitu AssraNGO yang menyediakan laporan secara automatik dan mudah diakses oleh sesiapa juga. Ini sangat penting supaya prestasi program dapat dinilai dan menentukan kestabilan sesebuah NGO atau Persatuan.
Begitu juga dengan status perlaksanaan program atau aktiviti. Penyumbang perlu dimaklumkan berkaitan status terkini sumbangan mereka seperti telah disampaikan dan disempurnakan atau belum.
Hal ini akan menjadikan penyumbang lebih percaya dengan ketelusan NGO atau Persatuan dalam menguruskan dana sumbangan dan program.
AssraSumbangan juga menyediakan sistem semakan online untuk status perlaksanaan sumbangan atau program. Gambar atau video dan status perlaksanaan boleh dikemaskini di dalam sistem, dan penyumbang boleh membuat semakan status secara online saja untuk lihat bukti perlaksanaan sumbangan mereka.
Bagus kan jika ada fungsi begitu? Penyumbang akan lebih percaya dan terus setia bersama dengan NGO atau Persatuan.
Bukan itu sahaja. Banyak lagi fungsi lain yang ada pada sistem ini yang menjadi sebab kenapa banyak persatuan kebajikan dan NGO memilih sistem ini. Antara fungsi lain yang ada di dalam sistem ini adalah:
Urusan anda pasti akan menjadi lebih mudah dengan DMS AssraNGO. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.
19
Jul
Leave A Comment