Bagi anda yang menguruskan sumbangan terutamanya persatuan kebajikan dan juga NGO, anda pasti tahu sebenarnya agak sukar untuk menguruskan kesemua ini secara manual. Jadi, ramai yang memilih untuk menggunakan sistem sumbangan.
Sistem yang dibayar disangkakan mampu untuk memudahkan urusan, namun masih lagi tidak menyelesaikan masalah. Antara masalah utama yang sering dialami oleh NGO adalah seperti berikut:
Pelbagai sistem yang berada di pasaran, cuma anda pastinya memilih sistem sumbangan yang terbaik yang memfokuskan kepada NGO dan sistem sumbangan seperti AssraNGO.
Sistem ini sudah digunakan oleh hampir ratusan NGO & Persatuan dan telah menguruskan lebih RM72 juta transaksi sumbangan dan lebih 150,000 jumlah tempahan. AssraNGO adalah sistem yang telah dipilih oleh NGO seperti Amal Qurban, PASAK, Genius Furqan dan banyak lagi.
Mengapa DMS AssraNGO menjadi pilihan ramai persatuan NGO berbanding sistem sumbangan lain?
DMS AssraNGO adalah satu-satunya sistem pengurusan jualan & ejen yang dibina khas untuk tujuan sumbangan, wakaf, qurban dan seumpamanya.
Sistem ini dilengkapi dengan pengurusan maklumat dan database, pengurusan Staf dan Ejen, borang sumbangan, dan banyak lagi fungsi menarik. Salah satu fungsi menarik yang perlu ada dalam sistem sumbangan adalah penjanaan sijil secara automatik.
Penderma akan menerima sijil penghargaan secara automatik dihantar terus ke email. Sistem DMS AssraNGO adalah solusi terlengkap Persatuan/NGO anda perlukan. Anda boleh membina ekosistem sumbangan yang lebih terurus, jimat kos operasi, tenaga kerja dan masa.
Pelbagai kelebihan DMS AssraNGO yang boleh membantu organisasi anda berhubung dengan masyarakat dengan penyebaran maklumaty program kebajikan yang anda akan adakan melalui mini website yang akan dibina dalam sistem AssraNGO.
Melalui sistem DMS AssraNGO terdapat pelbagai fungsi salah satunya adalah membuat borang tempahan secara dalam talian , tanpa had.
Seperti borang tempahan dalam sistem DMS AssraNGO, borang tempahannya agak istimewa kerana ada beberapa ciri-ciri menarik, antaranya;
Anda boleh menggunakan nama website atau domain anda sendiri pada sistem ini. Ia sekaligus akan meningkatkan lagi kepercayaan para penyumbang terhadap anda.
Bayangkan logo anda ada di mana-mana sahaja di dalam setiap apa yang dikeluarkan oleh sistem ini. Di dalam resit, di dalam invoice, di dalam sijil dan lain-lain. Barulah nampak lebih meyakinkan.
Tadi kami ada sentuh mengenai informasi persatuan kebajikan atau NGO anda kan? Dengan DMS AssraNGO, anda tidak lagi perlu risau kerana anda boleh memasukkan maklumat tersebut dengan mudah.
Dengan ini, sebelum menyumbang, para penyumbang dapat membaca dan meneliti dahulu info daripada pihak anda. Barulah mereka dapat menyumbang dengan penuh rasa percaya dan ketenangan.
Sistem DMS AssraNGO menyediakan kaedah pembayaran yang mudah dan mesra pengguna. Penyumbang boleh membuat bayaran sumbangan melalui kaedah Pembayaran Atas Talian (FPX, Credit/Debit), FPX payment gateway yang berintegrasi dengan platform Billplz, Toyyibpay, Razer dan Stripe.
Selain itu penyumbang boleh membuat pembayaran menggunakan debit atau kredit kad, pembayaran manual deposit bank dan resit serta kaedah pembayaran ansuran tanpa faedah yang fleksibel.
Kaedah pembayaran ansuran ini membolehkan penyumbang membuat bayaran ansuran bulanan tanpa faedah. Justeru, penyumbang akan rasa lebih selesa membuat sumbangan tanpa paksaan dan secara sukarela.
Kemudahan pembayaran yang mudah dan fleksibel dan selamat akan meningkatkan kredibiliti dan dana sumbangan organisasi anda.
Segala pengesahan bayaran seperti resit, invoice, sijil, makluman bayaran akan dilakukan secara automatik dalam sistem DMS AssraNGO.
Team anda tidak perlu menyemak dan menyusun setiap satu informasi atau menghantar resit daripada mesej di WhatsApp secara manual. Sistem ini sangat efektif dan dapat mengelakkan kesilapan teknikal.
Semuanya akan terus dimasukkan ke dalam sistem mengikut jenis sumbangan yang dilakukan. Perkara ini dapat memacu produktiviti team anda untuk lebih fokus dan mencapai KPI yang ditetapkan.
DMS AssraNGO juga menyediakan sistem semakan online untuk status perlaksanaan sumbangan atau program.
Gambar atau video dan status perlaksanaan boleh dikemaskini di dalam sistem, dan penyumbang boleh membuat semakan status secara online saja untuk lihat bukti perlaksanaan sumbangan mereka.
Dengan itu , Penyumbang akan lebih percaya dan terus setia bersama dengan NGO atau Persatuan.
Dalam sistem DMS AssraNGO, laporan statistik prestasi kutipan sumbangan dijana secara automatik dan dapat diakses dengan mudah. Begitu juga dengan laporan kewangan dan perbagai data pelanggan dapat diperoleh untuk pengambilan keputusan yang lebih baik.
Antara fungsi lain yang ada di dalam sistem ini adalah:
Urusan anda pasti akan menjadi lebih mudah dengan DMS AssraNGO. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.