Sebagai persatuan kebajikan atau NGO, anda pastinya inginkan segala urusan para penyumbang, pewakaf dan penderma dapat diuruskan dengan mudah. Begitu juga di pihak anda. Anda pastinya inginkan semua informasi penyumbang dan bayaran dapat diuruskan dengan lebih sistematik. Oleh sebab itu, anda perlukan satu Sistem Pengurusan Maklumat.
Tanpa mengira atas urusan apa sekalipun samada qurban, akikah, sumbangan atau wakaf, semua ini sebenarnya boleh diuruskan dengan mudah menggunakan Donation Management System (DMS).
Dengan sistem ini, anda dapat meningkatkan lagi jumlah sumbangan yang diterima, kualiti servis dan juga kepuasan penyumbang kerana semuanya diuruskan dengan sistematik oleh sistem ini.
Sistem yang ingin kami kongsikan dengan anda dalam perkongsian kali ini adalah DMS AssraNGO yang telah menjadi pilihan banyak persatuan kebajikan dan juga NGO terkemuka di Malaysia.
Setelah menggunakan sistem ini, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat peningkatan yang sangat ketara dari segi jumlah sumbangan yang diterima. Hal ini disebabkan oleh DMS AssraNGO ini yang mempunyai fungsi-fungsi berikut.
Semua maklumat penyumbang dari segi info, jenis sumbangan dan pembayaran akan dimasukkan ke dalam database sistem ini. Pembayaran secara potongan ansuran fleksibel juga boleh dilakukan dengan ciri “Recurring Payment Method” dalam sistem ini. Mudah bukan?
Selain itu, pengurusan database membantu dan memudahkan anda untuk berhubung dengan mereka.
Antara medium perhubungan yang disediakan di dalam sistem ini adalah SMS, WhatsApp dan email. Semua ini diperlukan jika anda mempunyai program-program sumbangan yang baru.
Anda boleh terus menghubungi mereka dengan mudah dan potensi untuk mereka menyumbang lagi adalah tinggi kerana mereka pernah berurusan dengan anda dan sumbangan tidak terhad untuk sekali sumbangan sahaja.
Segala maklumat berkaitan sumbangan dapat diuruskan secara sistematik dengan menggunakan DMS AssraNGO ini. Anda dan team tidak lagi perlu untuk menyemak dan menyusun setiap satu informasi atau bayaran daripada mesej di WhatsApp secara manual.
Semuanya akan terus dimasukkan ke dalam sistem mengikut jenis sumbangan yang dilakukan.
Lebih mudah sistem yang digunakan oleh staf dan ejen anda, lebih tinggi jumlah sumbangan yang bakal diperoleh. Hal ini kerana jika terdapat penyumbang yang bertanyakan soalan teknikal, ia dapat diselesaikan dengan mudah.
Kebanyakan sistem di luar sana masih lagi memerlukan anda untuk melakukan setiap tugasan secara berasingan terutamanya makluman status sumbangan dan juga penjanaan sijil.
Tugas tersebut dirasakan seperti sangat mudah namun sebenarnya ia merupakan tugasan remeh yang akan mengganggu produktiviti staf dan ejen anda. Jika semuanya boleh diuruskan oleh sistem, lebih mudah untuk staf dan ejen anda fokus kan?
Ramai yang mengalami kesukaran sewaktu ingin memberikan sijil kepada peserta wakaf dan qurban terutamanya kerana perlu untuk mencari semula semua nama ini secara manual. Kemudian perlu pula untuk WhatsApp setiap peserta secara manual.
Jika ada yang terlupa atau terlepas pandang, akan menjadi isu pula di kemudian hari. Dengan DMS AssraNGO, sijil-sijil peserta akan dijana secara automatik. Mudah kan?
DMS AssraNGO juga mempunyai ciri Penjanaan sijil automatik yang memudahkan anda, perserta dan penyumbang mendapat sijil penyertaan mereka. Dengan sistem semakan dan pengurusan yang efisyen lebih selamat , kepercayaan penyumbang kepada anda sebagai wakil yang menguruskan ibadah mereka meningkat.
Bukan itu sahaja. Banyak lagi fungsi lain yang ada pada sistem ini yang menjadi sebab kenapa banyak persatuan kebajikan dan NGO memilih sistem ini.
Ibadah Qurban dan Aqiqah perlu disertakan dengan niat setelah itu diikuti dengan syariat yang ditetapkan. Kini ramai yang memilih untuk mewakilkan ibadah korban dan akikah secara dalam talian. Korban dan Akikah dalam talian mempunyai kelebihan kerana ianya mudah dan pantas. Cuma ada yang masih ragu dan kurang yakin terutamanya tentang niat dan akad ibadah korban dan aqiqah tersebut.
Oleh itu adalah tanggungjawab wakil untuk memastikan ibadah korban dan akikah dapat dilakukan dengan sempurna.
Kini anda tidak perlu risau, DMS AssraNGO dilengkapi dengan fungsi borang pendaftaran yang mesra pelanggan dan patuh syariah pertama di Malaysia. Ucapan Akad dan niat juga tertera pada sistem borang.
Maklumat tentang korban dan aqiqah juga dipaparkan secara jelas. Paling utama , fungsi penama ibadah yang diniatkan juga terdapat dalam sistem ini. Bermaksud penama boleh menyemak nama mereka dalam senarai penama yang telah diniatkan.
Pastinya fungsi ini memudahkan anda sebagai wakil yang mengendalikan ibadah qurban mengikuti syariat, efisien dan telus.
Bagi tujuan sumbangan yang berbentuk ibadah, memerlukan akad yang jelas. Bermaksud tulisan akad itu jelas serta difahami dan tiada kesamaran.
Selain itu, kedua pihak yang berakad hendaklah orang yang sah untuk berakad, iaitu; telah baligh dan berakal (waras).
DMS AssraNGO mempunyai ciri akad sumbangan yang interaktif. Teks akad pada borang pendaftaran pada sistem ini , disertakan dengan video dan teks terma syarat yang menarik, interaktif dan mesra pengguna.
Ciri ini sangat membantu penama anda untuk berakad secara dalam talian hanya dihujung jari , walau dimanapun mereka berada.
Untuk pelaksanaan program sumbangan, qurban, akikah dan wakaf ini melibatkan ribuan penama dan penyumbang.
Bayangkan anda masih menggunakan sistem pengurusan data secara konvensional kemungkinan akan berlaku keciciran maklumat yang menyebabkan amanah tidak dilakukan dengan sempurna. Kredibiliti organisasi anda turut akan terjejas.
Melalui sistem DMS AssraNGO mempunyai fungsi utama iaitu penyimpanan data yang sistematik. Semua maklumat sumbangan dan penyumbang disusun secara sistematik & mudah diakses pada bila-bila masa sahaja.
Pengurusan dan pelaksanaan program lebih efektif dan sempurna. Sistem ini juga memudahkan proses pencarian maklumat/data dalam dengan pantas.
Bagi membolehkan semua sumbangan dan ibadah dapat dilaksanakan dengan telus, maka dan Sistem pembayaran yang dilakukan Atas Talian (FPX, Credit/Debit) dan transaksi dalam sistem DMS AssraNGO diyakini selamat.
Semua maklumat yang ditukar untuk memproses pembayaran (nombor kad, tarikh luput, kriptogram visual) dienkripsi menggunakan protokol SSL. Maka data ini tidak dapat dikesan, dipintas atau digunakan oleh pihak ketiga.
Selain itu penyumbang boleh membuat pembayaran menggunakan kaedah perbankan manual/Deposit. Dengan sistem ini, akan memberikan pengalaman santai dan selamat kepada penyumbang anda untuk beramal. Sistem ini akan membantu anda menghantar resit secara automatik melalui whatsapp. Mudah kan?
Dengan ada sistem ini akan memudahkan anda untuk melaksanakan pengurusan sumbangan dan ibadah dengan telus kerana maklumat seperti harga, kaedah pembayaran dan bukti bayaran dapat diuruskan dengan sistematik dan selamat.
Setelah selesai segala proses. Maka proses yang terakhir ialah proses keputusan dan pembuktian korban pelanggan tersebut. Keputusan atau status korban pelanggan tersebut boleh disemak secara online.
Peserta boleh menyemak status qurban, akikah dan wakaf samada masih dalam proses atau sudah selesai. Untuk mengelakkan keraguan dikalangan penyumbang atau peserta qurban, akikah dan wakaf, bukti ibadah tersebut dilaksanakan dalam bentuk gambar dan video akan disertakan sebagai bukti ketelusan perlaksanaan ibadah tersebut.
Antara fungsi lain yang ada di dalam sistem ini adalah:
Urusan anda pasti akan menjadi lebih mudah dengan DMS AssraNGO. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.
Leave A Comment