Bayangkan jika anda mampu untuk memudahkan pengurusan masjid dan khairat kematian terutamanya dengan menggunakan sistem yang mesra pengguna, anda rasa berapa ramai yang akan mendapat manfaatnya?
Pastinya lebih ramai yang akan mendaftar dan menyumbang untuk program khairat kematian jika pengurusannya lebih efektif. Kini banyak masjid yang menggunakan Donation Management Sistem iaitu pengisian digital khas untuk pengurusan sumbangan masjid dan khairat kematian kerana lebih sistematik dan mudah.
Nak tahu dengan lebih lanjut bagaimana sistem ini dapat membantu pengurusan masjid dan khairat kematian? Jom baca!
Sistem ini merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk menguruskan sumbangan dengan lebih efektif. Segala ciri yang ada bertujuan untuk memudahkan urusan, baik dari pihak penyumbang mahupun pihak pengurusan sendiri.
Antara sistem yang semakin mendapat tempat bagi kebanyakan masjid, badan kebajikan dan juga NGO adalah DMS AsraaNGO.
Sistem ini mempunyai beberapa ciri yang sangat menarik seperti berikut.
Sebarang urusan berkaitan sumbangan dan tidak terhad kepada khairat kematian sahaja seperti wakaf, korban, aqiqah dan lain-lain dapat diuruskan secara sistematik. Sistem akan mengelaskan setiap sumbangan mengikut jenisnya termasuklah informasi dan bayaran penyumbang.If you are in the market for superclone Replica Rolex , Super Clone Rolex is the place to go! The largest collection of fake Rolex watches online!
Dengan ini, adalah lebih mudah untuk pihak pengurusan masjid menguruskan segala database ini tanpa perlu lagi untuk mencari informasi satu persatu secara manual. Jimat masa dan tenaga!
Sistem ini juga mempunyai interface yang menarik dan simple untuk digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia. Asalkan tahu menggunakan aplikasi terkini di telefon pintar, pasti tiada masalah untuk menggunakannya.
Contoh di atas adalah borang untuk pendaftaran korban. Warna dan design yang digunakan sangat simple dan semuanya tersusun rapi. Peserta cuma mengisi butiran dalam borang tempahan dan membuat pembayaran dan akad secara dalam talian.
Bukan bermaksud 100% automatik namun urusan-urusan seperti penghantaran invois dan resit dapat dilakukan secara automatik. Begitu juga jika pihak masjid ada menjalankan program seperti korban atau wakaf. Kebiasaannya program sebegini menawarkan sijil kepada para peserta.
Dengan sistem ini, sijil-sijil tersebut dapat dijana dan dihantar secara automatik kepada para peserta. Mudah kan?
Dengan sistem ini juga, lebih mudah untuk pihak masjid menghebahkan sebarang program atau menekankan kepentingan mendaftar untuk khairat kematian sesegera mungkin.
Sebenarnya masih ramai yang belum tahu akan kewujudan khairat kematian. Hanya apabila kematian berlaku barulah mereka sedar dan menyesal. Selain itu, ramai juga yang tahu namun merasakan urusan untuk mendaftar khairat kematian adalah menyusahkan.
Berapa ramai waris yang ditolak pengurusan jenazah hanya kerana tidak mampu untuk membayar upah pengurusan jenazah tersebut. Jadi, diharapkan dengan sistem ini, lebih banyak hebahan dapat dilakukan dan lebih ramai yang sedar akan kepentingannya serta mampu untuk mendaftarkan diri mereka.
Selain daripada fungsi yang dinyatakan, banyak lagi fungsi lain yang ada pada sistem ini yang menjadi sebab kenapa banyak persatuan kebajikan dan NGO serta masjid memilih sistem ini. Antara fungsi lain yang ada di dalam sistem ini adalah:
Fungsi yang ada di dalam sistem ini bukan sahaja sesuai untuk pengurusan masjid dan khairat kematian. Malah, segala bentuk program lain juga dapat diuruskan dengan mudah menggunakan DMS AssraNGO. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.